学校设备






 

Kemudahan-Kemudahan Di SJK (C) Pei Yu










Suasana bilik guru semasa hari persekolahan. Guru-guru sekolah tekun dalam menjalankan tugas mereka agar pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar.










Bilik pentadbiran dimana ianya merupakan tempat kakitangan sokongan untuk melakukan kerja.
Tempat letak kereta untuk guru-guru sekolah serta kakitangan am sekolah. Terdapat juga tempat letak kereta yang disediakan para ibu bapa untuk kemudahan mereka dalam meghantar anak-anak mereka ke sekolah di waktu pagi dan mengambil mereka pada waktu balik.










Pondok pengawal keselamatan adalah terletak di pagar utama SJK C Pei Yu. Keselamatan murid amat dititikberatkan semasa mereka berada dalam kawasan sekolah. Kawalan keluar masuk pelawat juga diawasi dengan ketat untuk mengelakkan sebarang perkara yang boleh membahayakan keselamatan murid-murid SJK C Pei Yu.








 Gelanggang bola keranjang ini terletak di hadapan dewan utama SJK C Pei Yu. Gelanggang ini disediakan kepada murid-murid untuk menjalankan latihan bola keranjang serta merupakan kawasan dimana guru menjalankan aktiviti-aktiviti bagi subjek Pendidikan Jasmani.
 Dewan utama SJK C Pei Yu merupakan salah satu kemudahan utama yang digunakan sebagai tapak perhimpunan pada setiap hari isnin. Dewan ini juga digunakan sebagai tempat untuk murid menjalankan aktiviti sukan indoor seperti badminton dan bola tampar.

Bilik Alatan Sukan terletak di blok B dimana ianya merupakan stor untuk menyimpan segala alatan sukan untuk kegunaan subjek Pendidikan Jasmani dan juga Sukan Tahunan.




Taman mini ini merupakan sebuah kawasan kecil dimana ianya merupakan suatu inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan suasana hijau untuk memberikan nafas baru kepada landskap SJK C Pei Yu. Tanaman-tanaman yang terdapat dalam taman mini ini dijaga bersama oleh guru-guru dan juga murid sekolah.



Kemudahan padang sekolah juga disediakan untuk murid melakukan aktiviti sukan seperti bola sepak, besbol, dan aktiviti padang lain seperti latihan kawad kaki.


Kantin sekolah pula menyediakan tempat duduk yang selesa untuk para murid menikmati makanan mereka semasa waktu rehat. Makanan dan minuman di kantin dijamin kebersihannya oleh pihak sekolah bagi mengelakkan sebarang keracunan makanan daripada berlaku. Harga makanan yang dijual pihak kantin juga amat berpatutan dan sesuai mngikut kemampuan murid.


Seterusnya adalah kawasan pengumpulan bahan kitar semula. Semua bahan kitar semula yang dikumpul oleh setiap kelas akan dihimpunkan di kawasan ini dan dikategori mengikut jenis bahan kitar semula iaitu kertas, plastik dan juga kaca. Penyediaan kawasan ini adalah untuk memupuk nilai kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar dan ianya juga dapat mengelakkan pembaziran.


Kemudahan bilik simpanan Alat Bantu Mengajar juga disediakan untuk menyimpan koleksi BBM yang boleh diguna secara ulangkali. Segala BBM disusun dengan sistematik untuk memudahkan guru mencari BBM yang sesuai dengan P&P mereka.


Pusat sumber sekolah merupakan kawasan yang paling digemari murid semasa waktu rehat, dimana mereka dapat meluangkan masa dengan membaca dan mengulangkaji pelajaran dalam Pusat Sumber. Terdapat pelbagai genre bahan bacaan yang disediakan untuk murid contohnya suratkhabar, novel, buku cerita pendek dan juga bahan bacaan yang sesuai.


Bilik interaktif ICT ini merupakan salah satu kemudahan untuk guru mengajar secara ICT iaitu dengan menggunakan Smart Touch Board.


Bilik KSSR merupakan bilik penyimpanan bahan yang berkaitan KSSR dimana ianya menjadi rujukan bagi semua guru sekolah untuk mendapat maklumat mengenai KSSR.










Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk memudahkan pihak guru dan juga murid-murid untuk menjalankan aktiviti dan menjamin keselesaan mereka di sekolah. SJK (C) Pei Yu sememangnya mengambil berat tentang kebajikan murid agar suasana sekolah yang produktif dalam diwujudkan secara berperingkat. Sebarang cadangan bagi penambahan kemudahan di sekolah boleh dibuat dengan menghubungi pihak pentadbiran sekolah.

没有评论:

发表评论

Muzik