校史

Sejarah Sekolah 

校史


1924-锌板木屋原身

原为育华、中华及中正夜校。学生人数约20名左右。学校租用残旧锌板木屋为课室。


1930-两校合并

各校学生人数增加,校务负担沉重,各校董事会谈商合并,公订校名为《公立华侨学校》。


1941-日军南侵,学校停办。


1945111-学校复课并将此日期定为校庆日。第一届的董事长是魏加录先生,校长是著名教育家罗道云先生。


1960-单层校舍启用

1955年,教室不敷用。建委会成立并在1956年以3600元购得现今校址。尔后,新校舍于1960123日举行开幕典礼,由当时的槟州首席部长拿督王保尼开幕。有两排共16间单层课室,有盖走廊,大礼堂,食堂和22间抽水厕所。

 

1963-第一次更改校名

1963516日,本校遵从教育法令将学校名字改成《威北甲抛峇底华文小学》。

 

1988-两座三层钢骨水泥教学楼启用(AB)和第二次更改校名

1980年,学校已有逾千名学生就读,共开22班。原有教室又不敷应用。建委会由曾担任本校董事长40年的林明佑先生带领建校。1988116日,AB教学楼启用。学校名字也再次被改成《甲抛峇底培育学校》。同年,举行创校64周年活动。

 

2008-拆除单层早期教室,启用两座三层钢骨水泥教学楼(CD)

时任首相拿督斯里阿都拉阿末巴达威拨款建设另两座三层钢骨水泥教学楼即CD楼。两排单层早期教室走进历史。

 

2019/2020-新冷气大礼堂和三层食堂大楼启用

2019520日,历时3年建设的大礼堂开幕。同年,老旧的食堂建筑被拆除并在2020年尾建成食堂大楼。食堂在2021年正式启用。

旧礼堂《平德堂》1960 – 2015

新礼堂《林清水礼堂》2019520日正式开幕


Sejarah SJKC Pei Yu 

SJK(C) Pei Yu adalah gabungan dua buah sekolah iaitu Chung Hwa dan Yoke Hwa. Kedua-dua buah sekolah ini diasaskan pada tahun 1924. Pada masa itu, kedua-dua sekolah ini masing-masing mempunyai murid seramai 20 orang dan beroperasi di bangunan sewaan dua buah rumah lama.
Menjelang tahun 1927, memandangkan bilangan murid semakin bertambah, pihak lembaga sekolah bagi kedua-kedua sekolah telah bersetuju dan bermuafakat untuk menggabungkan kedua-dua sekolah atas nama Sekolah Rendah Hwa Kiaw.
Pada tahun 1941, akibat penjajahan Jepun, Sekolah Hua Khiaw terpaksa berhenti beroperasi.
Selepas peninggalan penjajahan Jepun pada tahun 1945, mulai 1 hb November 1945 usaha untuk mengoperasikan semula Sekolah Hua Khiaw diteruskan dan Encik Luo Dao Yun dilantik menjadi guru besar .
Dalam era 1947 hingga 1954 murid-murid sekolah semakin bertambah sehingga menjadi 300 orang dan mempunyai lapan kelas, sekolah masih beroperasi di bangunan sewaan. Segala pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah terpaksa dijalankan dalam bangunan yang terhad.
Pada tahun 1955, kesedaran untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah telah timbul. Dengan itu, Lembaga sekolah telah diwujudkan dan JK Kewangan Pembinaan bangunan sekolah ditubuhkan. Lembaga sekolah bertungkus-lumus untuk mencari jalan bagi memperolehi sokongan dan dermaan daripada pihak­pihak tertentu. Pada masa itu, murid sekolah telah bertambah menjadi 556 orang, guru seramai 14 orang dan 12 buah kelas


Usaha untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan juga dilangsungkan. Pada tahun 1956, Lembaga sekolah telah berjaya mendapatkan sebuah tapak pembinaan sekolah baru seluas 3 ekar .Tahun 1958 Lembaga sekolah bersetuju menjadi sekolah bantuan kerajaan.       Pada tahun yang sama Lembaga Sekolah telah digubalkan clan ditubuh semula dengan lantikan ahli yang baru. Tahun 1959, sekolah terpaksa bertambah menyewa sebuah lagi bangunan kedai untu menampung kelas yang bertambah menjadi 13 buah clan guru seramai 17 orang.
Februari 1959, JK Kewangan berjaya mengumpul wang dermaan sebanyak 5 ribu ringgit. April 1959 para guru sekolah ini telah menderma 2 ribu ringgit . Di samping itu kerajaan telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak 16 ribu 4 ratus ringgit September 1959, kerja-kerja pembinaan sekolah baru dimulakan.
Akhirnya pada Ogos 1960, bangunan sekolah baru yang terdiri daripada sebuah dewan sekolah, 16 buah bilik darjah, sebuah kantin dan tandas talah dibina. Penggal ketiga tahun yang sama, Sekolah Hwa Kiaw telah berpindah ke sekolah baru dan upacara perasmian penggunaan sekoah baru telah diadakan pada 3hb Disember. Menteri Besar Pulau Pinang,YB En. Pauny Ong telah dijemput untuk merasmikan upacara penggunaan sekolah baru.
Pada tahun 1961, pihak Lembaga sekolah berjaya mendapat dermaan sebanyak 5 ribu ringgit melalui aktiviti pesta bagi menambah kemudahan dalaman dengan mewujudkan sebuah perpustakaan dan bilik seni. Jumlah murid bertambah menjadi 565 orang, jumlah guru seramai 18 orang dan jumlah kelas sebanyak 14 buah.
Pada 16 Mei 1963, mengikut Akta Pendidikan, Sekolah Hwa Kiaw ditukarkan nama kepada SRJK (C) Kepala Batas. Pada masa itu, sekolah ini mula mengadakan persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi clan sesi petang . Ini bertujuan untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah.Pada masa yang sama, Encik Tan Teik Hen dilantik sebagai guru besar.
Pada tahun 1983, jumlah murid sekolah semakin bertambah sehingga menjadi 981 orang, guru seramai 29 orang,6 orang pekerja dan jumlah bilik sebanyak 22 buah.
Pada tahun 1983, Kementerian Pendidikan telah melancarkan sistem pengajaran clan pembelajaran yang baru, iaitu sistem KBSR di seluruh negara . Sistem ini mengesyorkan bilangan murid kurang dari 35 orang bagi setiap kelas. Keadaan ini menyebabkan wujudnya masalah kekurangan bilik darjah.
Dengan daya usaha pengerusi lembaga sekolah, Encik Lim Beng, sokongan jawatan kuasa Lembaga Sekolah , ahli-ahli PIBG, penduduk – penduduk Kepala Batas clan pihak-pihak tertentu, Jawatan kuasa pembangunan sekolah telah berjaya memperolehi lima ratus ribu ringgit untuk memperluaskan dan mendirikan 18 buah bilik darjah baru, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, tempat meletak kereta dan sebagai.
Pada Mei 1986, Menteri Pendidikan masa itu ( Perdana Menteri sekarang ), Datuk Abdullah Badawi dengan diiringi oleh Timbalan Menteri Pendidikan dijemput untuk merasmikan Majlis Perasmian Bangunan sekolah baru. Pada masa yang sama, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak 125 ribu ringgit sebagai bantuan pembangunan sekolah.
Pada 6 hb November 1988, merupakan hari yang bermakna dan penting bagi sekolah ini. Pada hari ini, sekolah telah mengadakan pameran karya murid, majlis jamuan malam perasmian bangunan baru clan perayaan ulangtahun ke 64 serta mengumumkan penggunaan logo sekolah. Pada masa ini juga, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada SRJK (C) Pei Yu, Kepala Batas sehinggalah sekarang.
Di bawah bimbingan dari pihak-pihak pentadbiran guru-guru besar, jemaah pengurus sekolah clan PIBG, sekolah-sekolah ini semakin bertambah maju dan berkembang pesat dari segala segi baik akademik mahupun ko-kurikulum.

Muzik